Monday, August 11, 2014

Kian habis

Officially habis pratikal "Yes, am happy girl". Bebas dari sebarang tekanan luar. Alhamdullilah ada pengalaman bekerja disana cukup lah setakat itu. Untuk mencari sesuap nasi mungkin disitu bukan tempat yang sesuai. Maka dengan itu marilah mencari pekerjaan tetap yang boleh topup duit simpanan masa hadapan. Kerja kerja oh kerja . Baba bagi pendapat suruh cuba mintak kerja di Brunei. Sound good. Selain gaji yang best tempat pun seronok. Walaupun kat sana takde hiburan langsung tapi hati tenang bila duduk sana. Rasa nyaman je. Mungkin sebab kadar jenayah sana kurang berbanding disini. Insha Allah kalau ada rezeki.

Bulan ogos ni banyak sangat jemputan majlis rumah terbuka/pertunangan/kahwin/aqiqah dan sebagainya. Yang pasti bulan ni memang pokai. Ini adalah kerana ada empat kawan baik bakal tukar title !!!!! Tiga orang bakal bergelar "Puan" dan seorang akan bergelar "tunangan orang" Happy for u girls. Kehulu kehilir boleh tahap negative ni. Pokai pokai.

Lepas ni makin rajin lah update blog sambil-sambil nak cari kerja. Mudah-mudahkan dirahmati hendaknya.  Insha Allah.

No comments: