Wednesday, April 23, 2014

Positif hari ini

#MF#Z
Aku mahu dan mahu lebih positif dari biasa lupakan tekanan luar. Aku mahu menjadi positif untuk semuanya.
 
Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Jodoh itu rahsia Allah swt. Dan yang pasti lelaki yang baik untuk perempuan yang baik DAN perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik bukanlah hanya memakai serban di kepala tetapi lelaki yang baik adalah lelaki yang berjaya melawan hawa nafsu untuk melakukan kebaikan yang dituntut oleh agama islam.
 
Dulu dan sekarang sangat berbeza. Paling ketara, dulu jumpa kawan borak tentang study, kehidupan belajar dan aktiviti masa lapang tapi sekarang bila jumpa mesti berkisarkan kerjaya, kehidupan, masa depan dan perkongsian tentang jodoh. Rasa dah jauh berbeza dengan zaman awal remaja dulu.
 
Kebelakangan ini asyik terkenangkan 10 tahun yang lepas. Rasa rindu rasa sangsi dan rasa bersalah. Tapi bila ia nya dah berlaku maka semua itu dah ditetapkan dan sebagai manusia aku cuma mampu berserah dan mengharapkan keadaan itu tidak akan berulang. Rasa bersalah pada seseorang yang mungkin pernah kasih akan kita tapi pada ketika itu kita curiga. Curiga dengan hati sendiri atau hati yang lain. Aku tak percaya semua itu jadi dalam sejarah hidup aku. Yang pasti dua tahun yang sudah juga menjadi kesilapan yang berulang kembali. Maaf wahai teman. Aku bukan menyatakan 'tidak' jauh sekali mahu mengecilkan hati kau wahai teman tapi aku terlalu muda untuk menilai semua itu. Dan kau juga tak menerangkan perkara sebenarnya. Aku baru tersedar dari kesilapan dulu tapi aku cuma manusia biasa tiada apa yang mampu dilakukan tika ini. Yang pasti doa adalah cara yang terbaik. Terima kasih sahabat untuk semua itu mendengar keluh resah aku, menjadi teman berbicara dan menjadi pendegar setia.
 
Biarlah apa jua masalah menjelma tiba aku cume mengharap ucapan maaf dari kau sahabat. Aku terlalu tua untuk berbicara soal salah silap siapa kerana aku takut besok lusa tiada kemaafan sesame kita. Jadi apa yang aku harapkan yang terbaik untuk kita.

No comments: