Thursday, February 27, 2014

Bulan dua


Hari terakhir bulan kesayangan - Februari. Berlalu lah wahai Februari. Terlalu banyak kenangan pahit yang telah kau calitkan dalam dairi hidupku.

Jika dulu menanti Februari tiba, detik ini berharap Februari tidak akan menjelma. Berlalu lah.

Pada genap usia didunia, diduga dengan ujian dariNYA. Harus bermula dari bawah dan terus menanti. Jika itu yang telah kau tetapkan aku redha. Tetapi satu sahaja yang aku harapkan permudahkan urusan ibu dan abangku untuk menjalani ibadah yang dituntut  olehMU dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Ya Allah sesungguhnya kau yang maha mendengar.

Alhamdulillah genap usia dilahirkan didunia untuk menjadi hambaNYA. Pada tanggal ini aku mula sedar, aku harus bangkit melawan semuanya. Yang aku pinta KAU gantikanlah segala apa yang telah kau ambil dariku dan keluargaku dengan sesuatu yang lebih baik. Kau pulihkan kesedihanku, kembalikan semangatku. Jadikanlah kami hambaMu yang beriman dan redha dengan segala ketetapanMU.

Sesaat aku sesat tak tahu arah tujuan hidup.

Berharap akan masih ada kebaikan menyusul kemudian.

No comments: