Monday, April 15, 2013
Cerita Lama Buku Baharu
Bismillahirrahmairahim..
Semester baru 2013 sudah bermula, maka bermulalah pelbagai cabaran baru yang penuh onak duri. Cabaran yang membina dan juga yang melemahkan semangat yang sedia ada ini. Suasana kali ini berbeza sedikit daripada semester lepas. Apa yang beza nya? Haaa. Semester ini saya secara rasminya telah menjadi warga KOLEJ mawar. Maka akan bermulalah pahit jerih aku mendaki tangga untuk ke faculty. #sigh Takpe mereka kata Usaha tangga kejayaan. Insha Allah akan ada hasil dikemudian hari. Awal semester sangat membahagiakan. Pertama-tamanya kerana mereka yang istimewa menyambut hari istimewa saya. Terima kasih banyak-banyak untuk itu. Saya gembira :) Terima kasih kalian. Ini tahun pertama aku meraikan hari istimewa dengan mereka yang mempunyai tarikh lahir yang sama. Di entry akan datang akan aku kongsi saat kebahagian itu.
Dah berhabuk sgt blog ini kn? Semenjak ada instagram ni, blog seperti diabaikan. Jangan berkecil hati ya wahai blog kesayangan. Bangun dari tidur pagi tadi terasa rindu sangat nak update news terkini. Jadi saya gagahkan diri juga selepas test untuk mengupdate blog yang penuh sarang labah-labah ini.
Entry kali ini nak tulis tentang manusia dan kenangan. Sebenarnya cheq rindu benor dengan geng-geng wataniah komander ni. Dulu makan minum tidur gaduh marah gurau membahan semua sama-sama. Sekarang dah takde orang yang nak membahan nak ajak aku pegi sana sini. Nak mengarah aku naik opis segala. Takde dah semua tu. Semua dah berpecah lepas habis belajar. Banyak sangat kenangan dengan mereka ini. Inilah manusia kan? Manusia dan kenangan memang tak dapat dipisahkan. Tak kira lah kenangan tu pahit ke tawar ke masin ke manis ke. Kenangan oh kenangan ~~~
Cakap banyak pun tak guna mai kita tinjau skit kenangan-kenangan lepas :)
Ini lah dia yang tinggal pada sebuah kenangan. Akibat kemalasan yang melanda aku tak meng'edit' gambar-gambar tersebut. Nampak agak comot tapi tak mengapalah ianya hanya untuk tatapan sahabat-sahabat warkah elektronik sekalian. Perlu diingatkan dilarang mencuri sebarang gambar atau material di blog ini ya. (kalu nak mintak ye. HAHAHA bajet2 retis pulak kan) hakhak. Itu untuk keselamatan saya dan orang lain juga :) Okay lah sebelum menitis air mata ni baek cheq habiskan tulisan untuk kali ni. Buat mereka yang berkenan sila terharu sebab aku rindu korang :') hikhikk
Salam Sejahtera salam ceria kekawan. Hidup biar gembira yaa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






2 comments:
atin..sgt rindu kamu !! rindu jgk geng2 wataniah..sgt2
tetiba sedih tgk gmbaq2 kita..itulah kenangan kita..
Post a Comment