Saturday, January 12, 2013

Berganjak usia

Halo2! Selamat 2013 buat kalian yang sudi membaca naskah buruk nih.
Cepat rasanya masa berlalu, tidur bangun tidur bangun dah besaq panjang anak incik kadir nih. Rasa bersyukur yang teramat sangat kerana di beri peluang untuk terus bernafas, menikmati alam, bersujud kepada DIA maha ESA. syukur. Alhamdulillah. Harap2 tahun ini menjadi yang lebih baek buat diri ini, keluarga dan kalian juga. Agak2 apa azam yang sesuai untuk tahun baru ni ya? hummmm. (pk pk pk).

Rasanya tak payah fikir lama sangat kot. Mai cheq nak habaq. tahun ni specel skit sbb mama memang dah siap2 setting azam baru untuk anak dia yang comot nih. Azam apakah? tak cakap pun korang mesti boleh teka. Yaa bingo! itulah azam nya. Buat sapa yang masih blurr. Kasi fikir lagi ya. hehee =)

2012- Insan kerdil ini masih diberi peluang oleh Yang Esa untuk terus hidup bersama keluarga tercinta. Ya Allah kau panjangkan lah usia kedua ibu bapa ku,  adik beradik ku, saudara mara ku, sahabat2 ku, serta muslimin muslimat di bumi ciptaan mu ini. Serta beri kan lah kami kesihatan yang baik ,hidup tenang di bawah rahmatMu. Kurnia kan lah kami jodoh yang baik yang mampu memimpin kami ke Syurga Mu. Aminn Ya Rabbal AlAminn.

Bersyukur yang teramat sangat untuk peluang ini, mengenali dan menjadi  sahabat mereka adalah anugerahMu. Sahabat teman kenalan yang amat memahami. Semoga persahabatan ini akan kekal utuh. Maaf kalu ada salah silap kerana saya bukan insan sempurna. Saya cuma dilahirkan untuk menumpang hidup yang sementara di bumi ini. Banyak perkara yang perlu saya pelajari. Banyak kesilapan yang perlu saya perbaiki.

Oke sampai disini saja. See u next entry. :D

No comments: