Aku nak cakap lebih2 pun tak boleh jugak yelah aku pun bukan nye baek sangat. Aku sekadar nak berkongsi dengan korang. Aku pernah wat kesilapan dulu dan aku tak nak korang wat kesilapan sama macam aku penah buat. Memang senang memaafkan tapi TIDAK melupakan. Mungkin kesilapan kita 10 saat menyebabkan kita rasa bersalah bertahun-tahun lamanya.(even dorang dah maafkan tapi susah nak lupakan ape y kita penah buat kat orang). Apa yang korang akan buat kalu korang da wat salah pada seseorang tapi tak sempat nak mintak maaf dengan dia. Macamne pulak kalu dia dah pergi menghadap yang ESA? kita akan terpikul rasa bersalah tu sampai bile2. Tidak kah itu menyakitkan?. Tapi macamne pulak dengan keaadan orang yang kita marah itu, mungkin dorang tak bersalah, mungkin tidak sengaja atau mungkin satu salah faham sahaja. Kita mungkin telah mengaibkan dorang. Tidak kah kita akan rasa sangat berdosa? Pada aku senang je nak memaafkan perbuatan orang terhadap kita tapi sampai mati pun belum tentu kita boleh padam kan peristiwa itu dari akal fikiran kita. Betul tak?
Firman Allah swt dalam Surah An Nal: 125 yang bermaksud "Ajaklah wahai Muhammad mereka kearah Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik"
Sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun ianya pahit. Sesungguhnya hadis Rasullah SAW yang bermaksud " Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya atau kekuasaannya. Jika tidak mampu tegurlah dengan lisannya atau pertuturan. Dan jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun teguran dengan hati adalah selemah-lemah teguran."
Islam telah mengariskan cara untuk menegur. Pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur. Kedua, hendaklah mencari waktu yang sesuai untuk menegur. Ketiga, memahami kedudukan orang yang ditegur.
Elakkan menegur seseorang itu di khalayak ramai kerana ini akan mengaibkan (memalukan) orang yang ditegur. Gunakan bahasa yang lembut ketika menegur.
Cuba bayangkan kita berada ditempat orang yang ditegur. Sebagai contoh, Apa perasaan kita sebagai pekerja jika dimarahi oleh majikan dihadapan pelanggan hanya kerana kesilapan yang tidak disengajakan. Dimarahi dihadapan khalayak ramai hanya kerana kesalahan kecil yang baru pertama kali dilakukan dan tidak menyebabkan ape2 kerugian kepada organisasi tersebut. Tentu sahaja ianya mengaibkan. Adalah lebih elok sekiranya majikan menegur kesalahan dengan nada yang lembut dan tidak didengari oleh pelanggan. Sekali kita menjaga aib orang 10 kali Allah SWT menjaga aib kita.
Sesuatu teguran itu tidak perlu lah dibuat secara langsung. Cara yang paling dituntut adalah dengan penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh dengan strategi. Elakkan bersifat kasar dan keras ketika menegur dan nasihatlah dengan berhemah agar tidak memalukan sesiapa.
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’. Sabda Rasulullah SAW.
For more info : iluv islam
No comments:
Post a Comment